Sunday, July 20, 2014

Pengenalan

 
Homestay ini terletak di kawasan perumahan Taman Ayer Keroh Height, Melaka (berdekatan dengan Ayer Keroh dan Bukit Beruang). Ianya merupakan sebuah penginapan yang dapat menampung seisi keluarga di dalam sebuah rumah teres 2 tingkat (berkeluasan 22x70 sqft) yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Ruang parking di dalam kawasan rumah ini boleh memuatkan 2 buah kereta.
    Selain kemudahan asas yang disediakan, sebuah pondok rehat (pergola) juga disediakan di hadapan rumah untuk ruangan santai seisi keluarga. Pemandangan diatas bukit yang luas dan disusuli oleh angin nyaman disini amat berbaloi dan selesa untuk menginap disini.

     Homestay ini terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan terkenal di Melaka terutamanya di daerah Ayer Keroh. Antara tempat pelancongan yang berdekatan adalah :

  • Zoo Melaka
  • Melaka Wonderland Theme Park
  • Taman Buaya Melaka
  • Taman Rama-Rama dan Reptilia
  • Taman Mini Malaysia / ASEAN
  • Taman Botanikal Melaka (Hutan Rekreasi Ayer Keroh)
  • Tasik Ayer Keroh
     Ia juga terletak berhampiran dengan Hospital Pantai Melaka, MITC, Melaka International Bowling Centre (MIBC), Universiti Teknikal Melaka (UTeM), MMU, ILP, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Melaka dan Mydin Wholesale Hypermarket. Homestay ini juga terletak berhampiran dengan restoran-restoran untuk memudahkan pengunjung menjamu selera di luar.

Tempoh masa perjalanan untuk semua di atas adalah dalam lingkungan 15-30 minit.

Untuk tempahan sila klik SINI.

** Homestay ini disediakan khusus untuk penginap beragama Islam sahaja, sebarang aktiviti tidak sihat seperti arak, maksiat dan perjudian tidak dibenarkan disini.
** Kesemua bilik serta ruang tamu di dalam homestay ini disediakan penghawa dingin dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.